Pengenalan

Pengenalan Bandar Baru Salak Tinggi

Bandar Baru Salak Tinggi juga dikenali sebagai “Airport City” adalah pusat bandar Sepang yang terletak di daerah Sepang, Selangor. Dikelilingi bandar-bandar utama lain termasuk Nilai, Putrajaya, KLIA, Bangi dan Cyberjaya.

10 minit / 8km dari Bandar Baru Nilai
15 minit / 15km dari Putrajaya
15 minit / 17km dari KLIA
20 minit / 18km dari Bandar Baru Bangi
22 minit / 22km dari Kajang
30 minit / 35km dari Seremban
40 minit / 41km dari Kuala Lumpur   

Bandar Baru Salak Tinggi adalah kawasan yang sedang membangun kesan daripada pembangunan di kawasan sekitarnya. Bandar ini turut mempunyai Stesyen Transit ERL Salak Tinggi terletak berhampiran Kota Warisan yang menawarkan perkhidmatan KLIA Transit Express Rail Link dua kali setiap jam ke KLIA dan KL Sentral.

Pembetulan 5 - Gambar1
Pembetulan 5 - Gambar2
Pembetulan 5 - Gambar3
Pembetulan 5 - Gambar4

Akses ke Tapak Projek

Lebuhraya dan Jalan Raya Utama

Persimpangan baru dalam pembinaan dari Lebuhraya PLUS KL-Seremban ke Jalan Jenderam-Bangi yang menghubungkan Bangi Lama, Kg Sg Buah, Jenderam dan BB Salak Tinggi pastinya melancarkan lagi pergerakan penduduk di kawasan sekitar.

Lebuhraya dan Jalan Raya Utama

Cadangan persimpangan baru dari Lebuh Raya ELITE ke BB Ampar Tenang/ BB Salak Tinggi yang menghubungkan Kota Warisan dan Bandar Baru Salak Tinggi ke Shah Alam, USJ, Kuala Lumpur, Damansara, Klang, Seremban dan Ipoh.

Peta Cadangan Pelebaran Jalan BBST

Jalan utama ke Persiaran Vista (tapak projek) iaitu Jalan Negeri B48 adalah di bawah perancangan pihak Majlis Perbandaran Sepang untuk dinaiktaraf dari 2 lorong ke 4 lorong. Jalan sambungan ke Kota Warisan dari arah stadium turut dimasukkan ke dalam perancangan pihak berkuasa tempatan sebagai pelengkap kepada jaringan jalan bandar yang sempurna di Bandar Baru Salak Tinggi. (Sumber: Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang (Pengubahan 1) 2020).

Projek Pembangunan Terbaru Sekitar Kawasan Bandar Baru Salak Tinggi

1. Pemaju: Sime Darby Properties Sdn Bhd. Projek: Serenia City
2. Pemaju: Oriental Interest Berhad (OIB Group). Projek: Desa Seri Vista
3. Pemaju: Mega First Corporation Berhad. Projek: D’Mawar Residensi
Back to Top